Apps Kini Tersedia di Google Playstore
Klik sini untuk download apps di Google Playstore
Terima Kasih kerana sudi berurusan dengan kami . Apa yang dapat saya bantu ya ?
Tatacara Pengurusan Barang Runcit

Pengurusan barang runcit adalah aspek yang sangat penting kerana barang-barang yang di simpan adalah aset syarikat yang di gunakan dalam operasi harian . Kesan mempunyai pengurusan barang yang lemah boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang besar akibat dari pembaziran modal , keusangan , kerosakan , kesusutan dan kecurian . 

Stok bermaksud barang yang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi seperti bekalan mentah , barang dapur , barang sejuk dan sebagainya .

Paras stok adalah jumlah stok yang perlu disimpan pada satu-satu masa dan ditentukan seperti berikut :

  • Paras stok maksima ialah kuantiti stok tertinggi yang disimpan pada satu-satu masa
  • Paras menokok stok ialah kuantiti stok yang menunjukkan telah sampai masa untuk memesan stok baru
  • Paras stok minima ialah kuantiti stok terendah yang disimpan pada satu-satu masa

Penerimaan Stok

  • Penerimaan stok hendaklah dilakukan oleh pekerja yang dilantik dan direkod secara bertulis
  • Pekerja yang dilantik hendaklah memeriksa , mengukur , mengira atau timbang stok yang baru sampai
  • Stok yang di terima hendaklah di pastikan adalah betul sepertimana di pesan serta menepati kualiti yang dikehendaki 
  • Sekiranya stok yang diterima dari pembekal tidak memenuhi kualiti yang di nyatakan sepertimana pesanan di buat , pemulangan stok hendaklah di lakukan dengan segera . 

Kemudahan/Fasiliti

Pencahayaan

Pencahayaan semulajadi atau buatan perlu dibekalkan supaya boleh beroperasi dalam keadaan yang bersih . Kecerahan cahaya perlulah mencukupi bagi memenuhi kehendak operasi . Pencahayaan minimum tidak kurang daripada 215 lux pada jarak 90cm dari aras lantai . 

Lekapan lampu hendaklah berpenutup ( Contoh : Lampu kalis pecah ) untuk mengelakkan pencemaran jika berlaku kerosakan terhadap lampu yang di pasang

Pengudaraan

Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang berlebihan , kondensasi , kotoran , asap dan wap untuk mengeluarkan udara dan bau yang tercemar

Penyimpanan

Kemudahan penyimpanan makanan perlu direkabentuk dan dibina bagi membenarkan :

  • Penyelenggaraan dan pembersihan yang mencukupi

Contoh : Bawang putih di susun di atas rak supaya lebih mudah untuk melakukan penyelenggaraan atau pemindahan

  • Makanan dilindungi dengan sempurna daripada pencemaran semasa penyimpanan

Contoh : Rak makanan hanya akan menyimpan makanan sahaja dan tidak boleh bercampur dengan barang kegunaan yang lain . Barang juga akan di balut supaya tidak berlaku pencemaran dari luar seperti faktor cuaca atau haiwan perosak

  • Menyediakan persekitaran yang dapat meminimakan kerosakan makanan seperti kawalan suhu dan kelembapan

Contoh : Barangan mudah rosak memerlukan keadaan penyimpanan yang tertentu perlu di simpan di dalam ruang penyejukan di bawah suhu -5 darjah selsius.

  • Makanan perlu di simpan atau di susun supaya terdapat ruang sekurang-kurangnya 15 cm di antara dinding tempat penyimpanan dengan makanan di simpan

 

Penghantaran

  • Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran habuk dan asap
  • Semua kelengkapan berada dalam keadaan yang bersih , berkeadaan baik dan tertutup