Apps Kini Tersedia di Google Playstore
Klik sini untuk download apps di Google Playstore
Terima Kasih kerana sudi berurusan dengan kami . Apa yang dapat saya bantu ya ?
Panduan Membeli-Belah di wunilink.com

Cara untuk mendaftar shopper akaun

  1. Klik icon  di sebelah atas kanan.
  2. Kemudian klik  https://www.wunilink.com/login
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan sempurna
  4. Selesai mengisi semua maklumat , tick kan kotak  dan selesaikan captcha gambar yang diberikan.
  5. Klik butang "Continue" untuk selesaikan proses pendaftaran.
  6. Setelah akaun berjaya di cipta , anda sudah boleh melakukan pembelian menggunakan akaun baharu anda. 
  7. Anda akan dibawa ke laman "My Account" selepas melog masuk akaun anda.
  8. Anda boleh melengkapkan maklumat profile anda atau terus melakukan carian barang yang anda mahukan.

Panduan Membeli-belah

  1. Terdapat dua cara yang boleh anda gunakan untuk mencari barang yang anda mahukan iaitu melihat siaran di Home | Laman Utama atau melakukan carian di Search engine yang disediakan.
  2. Di Halaman Utama , anda boleh mencari produk yang dimahukan melalui PELBAGAI PILIHAN . Terdapat 11 kategori yang dipaparkan untuk memudahkan anda mencari produk mengikut kumpulan tanpa perlu melayari gambar produk satu per satu.
  3. Selain itu anda boleh juga mencari produk di ruangan BESTSELLERS untuk memudahkan anda memilih produk yang pernah dibeli oleh pengguna yang lain.
  4. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan  untuk menjimatkan masa anda tanpa perlu skrol Laman Utama dengan hanya melakukan carian kata sahaja. Search engine juga akan membantu anda memberi cadangan tentang kosa kata yang anda masukkan.
  5. Selesai memilih produk yang ingin di beli , anda boleh menyimpan ia ke dalam wishlist dengan menekan butang  dan meneruskan untuk mencari produk yang lain. 
  6. Setelah anda selesai memilih produk yang anda mahukan, tekan butang  untuk memasukkan order anda.
  7. Masukkan kod kupon  di ruang  dan tekan Apply untuk claim diskaun yang ditawarkan. Setelah itu anda boleh tekan butang PROCEED TO CHECKOUT
  8. Isikan maklumat penghantaran di ruangan Shipping Address.
  9. Tick kan di kotak "Save this information for next time" untuk memudahkan anda menggunakan alamat yang sama untuk pembelian akan datang. Kemudian klik butang "Continue to shipping method"
  10. Terdapat dua pilihan yang ditawarkan untuk memilih penghantaran yang disediakan iaitu Self-pickup atau Delivery by Yunda Express
  11. Klik butang "Continue" setelah selesai memilih mod penghantaran pilihan anda
  12. Pembayaran boleh dilakukan dengan melakukan bank transfer di no akaun yang tertera.
  13. Upload resit selepas melakukan bank transfer untuk pengesahan oleh admin

Panduan Memilih Mod Penghantaran

  1. Buat masa ini wunilink hanya mempunyai dua jenis mod penghantaran disediakan iaitu Self-pickup dan Delivery by Yunda Express.
  2. Untuk memilih Self-pickup , anda boleh mengambil order anda di alamat ( NO 345 , LOT 101 , JALAN WOO SAIK HONG , TELUK INTAN , PERAK ) atau di stor berdaftar yang berhampiran dengan rumah anda . 
  3. Tunjukkan resit pembelian di kaunter untuk membantu anda mendapatkan barang di stor kami.
  4. Bagi yang memilih Delivery by Yunda Express , order anda akan di hantar menggunakan servis kurier yang disediakan oleh syarikat Yunda Express di kawasan Hilir Perak sehingga ke Tanjung Malim dan Sungai Besar, Selangor. 
  5. Berat maksimum untuk satu parcel adalah 30kg dengan kos penghantaran hanya RM9.00 sahaja. Jadi maksimumkan kapasiti berat untuk menjimatkan bajet anda.
  6. Bagi berat melebihi 30kg akan dikenakan caj tambahan untuk setiap 30kg selepasnya. Contohnya anda membeli 5 kampit beras 10kg , maka jumlah semua berat order anda adalah 50kg. Jadi kos penghantaran anda adalah RM18.00. 
  7. Anda juga boleh mengira kos penghantaran di ruangan cart untuk menganggar kos perbelanjaan anda.
  8. Untuk kawasan Teluk Intan , penghantaran kurier dilakukan setiap hari. Bagi kawasan luar Teluk Intan , terdapat jadual penghantaran mengikut hari tertentu dalam satu minggu.
  9. Bagi memastikan barang sentiasa dalam keadaan segar dan baik untuk penghantaran di luar kawasan Teluk Intan , kami akan mengeluarkan order anda pada hari penghantaran di lakukan. Contohnya anda melakukan transaksi pada hari isnin dan jadual penghantaran dikawasan anda adalah hari Rabu. Maka pada pagi rabu , order anda akan dikeluarkan bagi memastikan barang anda sampai pada hari yang sama atau kurang dari 24 jam.